Tujuan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

Dasar ini diperkenalkan bertujuan[1] untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.